Monday 19 November 2012

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang.Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri,iaitu:  
 a)kata ganti nama diri pertama
 b)kata ganti nama diri kedua
 c)kata ganti nama diri ketiga

 Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap,iaitu:
 a)bentuk tunggal:aku,saya,beta,hamba,patik
 b)bentuk jamak:kita,kami

 Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang yang dilawan bercakap,iaitu:
 a)bentuk tunggal:awak,kamu,anda,engkau,saudara,saudari,encik,tuan,puan,tuanku
 b)bentuk jamak:kamu sekalian,awak sekalian,anda sekalian

 Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan,iaitu:
 a)bentuk tunggal:dia,ia,beliau,baginda,-nya
 b)bentuk jamak:mereka

2 comments:

  1. Penerangan cikgu jelas dan nota dapat memanfaatkan murid.

    ReplyDelete
  2. Nota yang padat dan mudah difahami.

    ReplyDelete