Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang.Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri,iaitu:
a)kata ganti nama diri pertama
b)kata ganti nama diri kedua
c)kata ganti nama diri ketiga
Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap,iaitu:
a)bentuk tunggal:aku,saya,beta,hamba,patik
b)bentuk jamak:kita,kami
Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang yang dilawan bercakap,iaitu:
a)bentuk tunggal:awak,kamu,anda,engkau,saudara,saudari,encik,tuan,puan,tuanku
b)bentuk jamak:kamu sekalian,awak sekalian,anda sekalian
Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan,iaitu:
a)bentuk tunggal:dia,ia,beliau,baginda,-nya
b)bentuk jamak:mereka
Penerangan cikgu jelas dan nota dapat memanfaatkan murid.
ReplyDeleteNota yang padat dan mudah difahami.
ReplyDelete