AYAT CONTOH :
( 1 ) Kaki-kaki tangan di syarikat itu akan mendapat bonus.( X )
Kakitangan-kakitangan di syarikat itu akan mendapat bonus. ( / )
KETERANGAN :
Kata majmuk yang telah mantap perlu digandakan keseluruhannya apabila proses penggandaan berlaku pada kata majmuk tersebut.
AYAT CONTOH :
( 2 ) Harga alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai itu sangat berpatutan. ( X )
Harga alat-alat tulis yang dijual di kedai itu sangat berpatutan. ( / )
KETERANGAN :
Kata majmuk yang dieja terpisah akan menggandakan unsur pertama sahaja apabila proses penggandaan berlaku pada kata majmuk tersebut.
AYAT CONTOH :
( 3 ) Amran akan mengambilalih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. ( X )
Amran akan mengambil alih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. ( / )
KETERANGAN :
Sekiranya kata majmuk yang dieja terpisah menerima imbuhan awalan atau akhiran, kata yang dihasilkan perlu dieja secara terpisah.
Nota yang baik untuk murid-murid :)
ReplyDeleteuseful post. keep it up.
ReplyDeletenota yang jelas dan lengkap.
ReplyDeletePenerangan yang jelas ,sangt bagus! Terus berusaha!
ReplyDeleteMaklumat yang disediakan amat berguna kepada saya sebagai rujukan. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeletePerfect ..
ReplyDelete