Monday 26 November 2012

CONTOH-CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA MAJMUK

AYAT CONTOH :

( 1 ) Kaki-kaki tangan di syarikat itu akan mendapat bonus.( X )
   
        Kakitangan-kakitangan di syarikat itu akan mendapat bonus. ( / )

KETERANGAN :

Kata majmuk yang telah mantap perlu digandakan keseluruhannya apabila proses penggandaan berlaku pada kata majmuk tersebut.

AYAT CONTOH :

( 2 ) Harga alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai itu sangat berpatutan. ( X )

        Harga alat-alat tulis  yang dijual di kedai itu sangat berpatutan. ( / )

KETERANGAN :

Kata majmuk yang dieja terpisah akan menggandakan unsur pertama sahaja apabila proses penggandaan berlaku pada kata majmuk tersebut.

AYAT CONTOH :

( 3 ) Amran akan mengambilalih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. ( X )

        Amran akan mengambil alih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. ( / )

KETERANGAN :

Sekiranya kata majmuk yang dieja terpisah menerima imbuhan awalan atau akhiran, kata yang dihasilkan perlu dieja secara terpisah.



6 comments:

  1. Nota yang baik untuk murid-murid :)

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang jelas ,sangt bagus! Terus berusaha!

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang disediakan amat berguna kepada saya sebagai rujukan. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete