Saturday 1 December 2012

KESALAHAN LAZIM PENGGUNAAN KATA KERJA

1. Penggunaan kata kerja akan menjadi salah apabila imbuhan beR-,meN-   
    atau teR- tidak digunakan pada  awalan kata.

2. Kesalahan ini sering berlaku sehingga menjadi kebiasaan dalam percakapan   
    harian.
    
    Contoh : (a) Irfan tangkap seekor belalang. ( X )
                      Irfan menangkap seekor belalang. ( / )

                 (b) Budak itu senyum kepada ibunya. ( X )
                      Budak itu tersenyum kepada ibunya. ( / )

                 (c) Kakak bekerja mengambil upah jahit baju. ( X )
                      Kakak bekerja mengambil upah menjahit baju. ( / )

3. Kata kerja transitif tidak boleh dipisahkan daripada objek yang menjadi 
    pelengkapnya.
    
    Contoh : (a) Budak itu menyimpan ke dalam kotak mainannya. ( X )
                      Budak itu menyimpan alat mainannya ke dalam kotak. ( / )

                 (b) Idris menendang ke padang bola itu. ( X )
                      Idris menendang bola itu ke padang. ( / )

                 (c) Kerja-kerja memperluas sedang dijalankan di jalan itu. ( X )
                      Kerja-kerja memperluas jalan sedang dijalankan. ( / )

4 comments:

  1. Nota yang disediakan oleh Cikgu Ong amat berguna dan baik untuk murid-murid.

    ReplyDelete
  2. maklumat yang memanfaatkan pelajar.

    ReplyDelete
  3. Nota guru ringkas dan bermanfaat kepada murid.

    ReplyDelete
  4. Nota yang jelas dan bermanfaat kepada guru dan murid..

    ReplyDelete