Wednesday 28 November 2012

KATA KERJA


Kata kerja digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan.

Kata kerja boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif :

-mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang sempurna.

Bentuk-bentuknya:
a) kata dasar
    Contoh : makan , minum

b) imbuhan awalan dan apitan men-,men-...-i, men-...kan, memper-, memper-...-i, memper-...-kan
    Contoh : membaca

c) imbuhan awalan ter-
    Contoh : terambil,terbeli

Ayat-ayat contoh :

1. Saiful menendang bola itu.
    (Kata kerja "menendang" tidak lengkap maksudnya sekiranya tidak disertai objek,iaitu bola.)

2. Mak Cik Aminah sedang mencuci baju.
    (Kata kerja "mencuci" tidak jelas maksudnya sekiranya tidak disertai objek,iaitu baju.)

3. Pak Cik Abu sedang menebas rumput di belakang rumahnya.
    (Kata kerja "menebas" tidak jelas maksudnya sekiranya tidak disertai objek,iaitu rumput.)

Kata kerja tak transitif :

-tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.

Bentuk-bentuknya :
a) kata dasar
    Contoh : koyak,bocor

b) imbuhan awalan dan apitan ber-,ber-...kan dan ber-...an
    Contoh : bermain

c) imbuhan awalan men-
    Contoh : mendarat

d) imbuhan awalan ter-
    Contoh : terperanjat

Ayat contoh :

1. Budak itu berlari.
    (Kata kerja "berlari" sudah jelas menunjukkan perbuatan budak itu tanpa memerlukan objek sebagai  
     pelengkapnya.)

2. Kakak sedang belajar.
    (Kata kerja "belajar" jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh kakak tanpa memerlukan objek
     sebagai pelengkapnya.)

3. Adik sedang menangis.
    (Kata kerja "menangis" jelas menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh adik tanpa memerlukan objek
     sebagai pelengkapnya.)

GAMBAR MURID-MURID BELAJAR DI DALAM KELAS






Monday 26 November 2012

CONTOH-CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA MAJMUK

AYAT CONTOH :

( 1 ) Kaki-kaki tangan di syarikat itu akan mendapat bonus.( X )
   
        Kakitangan-kakitangan di syarikat itu akan mendapat bonus. ( / )

KETERANGAN :

Kata majmuk yang telah mantap perlu digandakan keseluruhannya apabila proses penggandaan berlaku pada kata majmuk tersebut.

AYAT CONTOH :

( 2 ) Harga alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai itu sangat berpatutan. ( X )

        Harga alat-alat tulis  yang dijual di kedai itu sangat berpatutan. ( / )

KETERANGAN :

Kata majmuk yang dieja terpisah akan menggandakan unsur pertama sahaja apabila proses penggandaan berlaku pada kata majmuk tersebut.

AYAT CONTOH :

( 3 ) Amran akan mengambilalih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. ( X )

        Amran akan mengambil alih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. ( / )

KETERANGAN :

Sekiranya kata majmuk yang dieja terpisah menerima imbuhan awalan atau akhiran, kata yang dihasilkan perlu dieja secara terpisah.



Tuesday 20 November 2012

Monday 19 November 2012

GAMBAR ALAT BANTU BELAJAR










Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang.Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri,iaitu:  
 a)kata ganti nama diri pertama
 b)kata ganti nama diri kedua
 c)kata ganti nama diri ketiga

 Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap,iaitu:
 a)bentuk tunggal:aku,saya,beta,hamba,patik
 b)bentuk jamak:kita,kami

 Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang yang dilawan bercakap,iaitu:
 a)bentuk tunggal:awak,kamu,anda,engkau,saudara,saudari,encik,tuan,puan,tuanku
 b)bentuk jamak:kamu sekalian,awak sekalian,anda sekalian

 Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan,iaitu:
 a)bentuk tunggal:dia,ia,beliau,baginda,-nya
 b)bentuk jamak:mereka

Saturday 10 November 2012

KATA MAJMUK

       Kata majmuk ialah dua atau lebih kata dasar yang digabungkan untuk membentuk satu perkataan perkataan baharu.
       Kata majmuk dieja secara terpisah namun bagi kata majmuk yang telah mantap akan dieja secara bercantum.
       Kata majmuk boleh terbahagi kepada empat bentuk,iaitu:

(a) Kata majmuk rangkai kata bebas-terdiri daripada rangkai kata bebas sama ada dalam golongan kata     
nama atau kata adjektif.
Contoh: kereta api,pasar raya,jam tangan.

(b) Kata majmuk istilah khusus-digunakan dalam bidang ilmiah.
Contoh: analisis teks,titik buta,deria rasa.

(c) Kata majmuk kiasan-terdiri daripada rangkai kata yang ada maksud tersirat seperti simpulan bahasa.
Contoh: ada hati,anak emas,buah tangan.

(d) Kata majmuk yang telah mantap-dua perkataan dieja sebagai satu perkataan dan tidak terpisah.
Contoh: antarabangsa,tandatangan.